KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan UMNO kini hanya menjadi parti yang membuntuti PKR dan DAP, selain menjadi alat kepada Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Sedangkan, kata Dr. Mahathir yang juga bekas Presiden UMNO selama 22 tahun itu, parti tersebut sebelum ini merupakan pejuang kemerdekaan negara yang menggagalkan Malayan Union British.
Malah, UMNO sebelum ini juga merupakan parti yang membangunkan negara sehingga dikenali sebagai Harimau Asia.
Bagaimanapun, tambah Dr. Mahathir, matlamat UMNO hari ini bukan lagi memperjuangkan bangsa, negara dan agama.
“Matlamat UMNO hanyalah untuk selamatkan Zahid Hamidi dari dihukum kerana rasuah, seleweng wang.
“Itu sahajalah perjuangan UMNO sekarang,” katanya menerusi catatan terbaharu di laman sosial Facebook beliau hari ini.
Tambah Dr. Mahathir, UMNO suatu ketika dulu merupakan parti terbesar dengan wakil rakyat terbanyak selain turut mendominasi Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun, UMNO hari ini menjadi parti kerdil dalam Pakatan Harapan (PH) yang terpaksa tunduk dan menyokong DAP serta PKR, tambah beliau.
“Tiga suku dari ahli UMNO dan penyokong sudah tolak UMNO.
“Yang tinggal hanya wakil rakyat dan penyokong yang mengikut arahan Zahid supaya undi DAP.
“UMNO yang kononnya tidak akan terima Anwar dan DAP sekarang menjadi alat Anwar dan DAP,” katanya. – MalaysiaGazette
Itu kaulah si tua kutuk. Masa kau nak jadi PM kali kedua 2018. Tolong jaga percakapan.