7 penuntut yang mewakili UPM dalam GSLS 2024.

KUALA LUMPUR – Dua penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM), Umairah Farisah Ahmad Yuzri dan Muhammad Hafidz Shahril Izwan kerana dinobatkan sebagai Pembentang Terbaik program Global Student Leaders Summit 2024 (GSLS 2024 )yang diadakan di Istanbul, Turki, dari 8 hingga 14 September 2024.

Umairah Farisah dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul yang membentangkan tajuk “Jelajah Putra: Humanising society for sustainable future” manakala Muhammad Hafidz membentangkan “Vertico Clothing.” Leadership role of entreneurship in UPM.

Mereka merupakan antara tujuh pelajar yang dihantar UPM dalam program tersebut.

Program GSLS 2024 adalah platform dinamik yang mengumpulkan pelajar dari pelbagai negara (Turki, Singapura, Indonesia, Rusia, Malaysia) untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam bidang-bidang seperti isu global, kepemimpinan, kefahaman silang budaya, dan perubahan transformatif.

GSLS ini merangkumi perbincangan bagi merangsang pemikiran serta peluang rangkaian yang memberi impak dan membolehkan peserta membuka potensi mereka serta berperanan sebagai pemangkin impak global yang positif

Wakil-wakil lain ialah ⁠ Ainina Nabilah Shamsul Bahar dan Saudari Fatin dengan topik Pertanian Tanpa Cangkul: Volunteering in Agriculture Innovation; . Muhammad Ammar Mohd Salleh membentangkan Buddies Global Symposium 2024: Addressing Internationalisation Challenges in Public Universities dan ⁠Jasriman Hassan yang membincangkan Alternative Transportation: Additional Transportation Provision Programs Affect the Health and Sustainability of the Environment

Muhammad Nazreen Samuri (bersama Fatin Amirah Mohd Hisham) dengan tajuk Impact of MySTEM Ambassador UPM Club on Students’ STEM Engagement.

Pencapaian cemerlang ini telah meningkatkan inisiatif ‘Global Prominence UPM’ ke arah untuk meningkatkan reputasi dan motivasi pelajar UPM di peringkat antarabangsa.

Penglibatan wakil-wakil pelajar UPM juga dapat merealisasikan hasrat universiti untuk memperkukuh kerangka True North UPM (Berilmu Berbakti) yang bermatlamatkan pencapaian hasil, berpaksikan nilai dan inklusif. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here