Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra bersama orang ramai semasa hadir untuk makan tengah hari sebelum menunaikan solat jumaat ketika di Roti Canai Coffee Village, Kajang. Foto MOHD ADZLAN, 13 SEPTEMBER 2024.

KAJANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara seloroh mengakui hanya Pas sahaja yang berwibawa dan ‘kuat’ untuk menangani rakan mereka yang bukan Islam dalam isu pensijilan halal.

Beliau berkata, parti-parti dominan kaum Melayu dalam Kerajaan Perpaduan menyedari perkara itu hanya Pas yang mampu mempertahankan kesucian Islam di negara ini.

“Tak apa la, dia sorang sahaja kuat,” sindir Presiden PKR itu ketika ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Amin, Desa Putra hari ini.

Semalam, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa parti-parti Melayu di dalam Kerajaan Perpaduan tidak berwibawa dan tidak mampu menangani rakan komponen bukan Islam.

Abdul Hadi berkata, ketidakupayaan itu menyebabkan orang bukan Islam ‘naik kepala’ dan menjadi kewajipan untuk parti Islam itu untuk memainkan peranan penting mempertahankannya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Parti Melayu dalam kerajaan lemah, tidak mampu tangani rakan bukan Islam – Hadi Awang

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here