Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 (Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan) telah boleh diakses melalui portal www.sspa.jpa.gov.my mulai hari ini.

Kerajaan akan melaksanakan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) berkuat kuasa 1 Disember 2024,

Jabatan Perkhidmatan Awam berkata, pegawai awam mempunyai tempoh opsyen selama 40 hari mulai 21 Oktober sehingga 30 November 2024.

Dengan terlaksananya SSPA ini, kerajaan menerusi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berharap agar aspirasi Reformasi Perkhidmatan Awam akan terus diperkasakan dengan menyemai sikap taat setia dalam kalangan Pegawai Awam serta mampu memberikan khidmat yang terbaik dalam memacu kesejahteraan negara dan rakyat secara keseluruhannya.

Katanya, pelaksanaan dan perincian seperti pelarasan gaji dan urusan perkhidmatan menerusi SSPA akan dimulakan dengan sesi libat urus JPA dalam masa terdekat di semua kementerian dan jabatan bagi membolehkan para pengurus sumber manusia mendapat pencerahan sewajarnya.

Pelaksanaan SSPA tidak akan menjejaskan pencen pegawai awam yang berstatus tetap dan pelarasan gaji baharu hanya terpakai kepada pegawai awam yang memilih opsyen SSPA sahaja. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here