Mesyuarat Majlis Air Negara bersetuju terhadap keperluan menubuhkan satu jawatankuasa kerja bagi meneliti ancaman pencemaran air di Malaysia dengan membabitkan semua pemegang taruh untuk memastikan masalah itu dapat ditangani segera.