Polis sedang giat memburu seorang lelaki dikesan terlibat kes pecah masuk sebuah kedai aiskrim dan minuman teh di Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, kelmarin.

KUALA LUMPUR – Polis sedang giat memburu seorang lelaki dikesan terlibat kes pecah masuk sebuah kedai aiskrim dan minuman teh di Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd. Ambia Nordin berkata, kejadian itu disedari seorang pekerja wanita ketika mahu memulakan operasi kedai sekitar jam 10 pagi.

Katanya, pekerja terbabit mendapati pintu ‘roller shutter’ premis itu telah terbuka dan mendapati keadaan dalam kedai terbabit berselerak.

“Pemilik kedai yang membuat laporan polis selepas mengesyaki premis terbabit dipecah masuk pencuri selepas pekerjanya memaklumkan tempat simpanan wang terbuka.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, wang tunai berjumlah RM612.70 dan modem WiFi telah hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pemilik kedai mengalami kerugiaan dianggarkan RM1,500.

Bagaimanapun, kecurian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dalam premis berkenaan.

Mohd Ambia berkata, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular gambar rakaman CCTV di media sosial memaparkan seorang lelaki bertopi keledar memecah masuk kedai aiskrim berkenaan. – MalaysiaGazette