ISTANBUL- Sekurang-kurangnya 20 cedera selepas sebuah kilang pasta meletup di wilayah Sakaraya di barat daya Turkiye pada Ahad.

Agensi berita Xinhua yang memetik media tempatan melaporkan, kejadian berlaku di kilang Oba Pasta berhampiran Lebuh Raya Anatolian di zon perindustrian Hendek.

Katanya, letupan berlaku pada sebuah dandang pengeluaran sebelum ia terbakar.

Pasukan bomba dan ambulan yang segera dikejarkan ke lokasi kejadian masih belum dapat mengenal pasti jumlah sebenar mangsa.

Tambahnya, mangsa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.- Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here