Sebanyak 20 kes pokok tumbang diterima Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) selepas hujan lebat dan angin kencang yang melanda kawasan pulau di negeri ini sejak jam 12.50 tengah malam tadi.

Antara kawasan yang terbabit adalah Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu /persimpangan Kondominium N Park, hadapan Stesen Minyak Petron Jalan Sultan Azlan Shah, Relau, Batu Maung, Persiaran Bukit Jambul, Solok Bukit Jambul, Jalan Sungai Dua dan Jalan Tun Dr Awang Markas Tentera Bayan Lepas.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here