Andasura Rabu

TEMERLOH – Agenda Islam akan diperkasakan dengan mengharamkan aktiviti perjudian termasuk menutup kasino di Genting Highlands sekiranya Pas diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Andasura Rabu berkata, komitmen Pas bagi menutup semua industri yang menjalankan aktiviti haram bergantung kepada peruntukan undang selain bidang kuasa kerajaan negeri dan persekutuan.

”Mana-mana yang dalam ruang likup dan bidang kuasa kita, kita akan melihat perkara-perkara yang mendatangkan keburukan kepada rakyat,

”Kita akan ambil pertindakan berdasarkan undang-undang. Mana-mana yang boleh memudaratkan masyarakat, kita perlu bersama-sama menyokong untuk kita hapuskan dia.

“Contohnya (kasino) di Genting Highland kemungkinan kuasa itu tidak mutlak kepada kita, perlu persekutuan sekali, maka itu mungkin kita tak boleh buat,” katanya.

ADUN Beserah itu berkata demikian ketika ditemui media semasa ditanya adakah komitmen Pas Pahang akan mengikuti jejak langkah kerajaan Pas seperti di Kelantan, Terengganu dan Kedah dalam mengekang aktiviti perjudian di negeri ini.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Pahang Datuk Rosli Jabar pula berkata tema ’Islam jalan penyelesaian’ senada dengan tema Muktamar Pas kali ini yang merangkumi penyelesaikan apa sahaja isu yang berrlaku.

Ini ujarnya, tema itu meliputi segenap aspek sama ada dari sudut sosialnya, ekonomi dan pemerintahan.

Selain itu Pas memahami kuasa negeri dan persekutuan tidak sama yang mana berlaku pertindihan kuasa dalam berkaitan isu berkaitan.

”Kita boleh tutup permis itu. Tapi kalau dia Genting HIghlands, dia bertaraf kasino.

“Kasino ini, kita perlu melihat dari sudut undang-undang apakah pihak negeri mampu untuk menutup. Kalau kita mampu, insya’Allah kita tutup,” katanya – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan :

Pas riak dan sombong – Wan Rosdy

Laungan ‘PMX letak jawatan’ bergema di Muktamar Pemuda Pas

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here