Foto: BAM

KUALA LUMPUR – Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah menamatkan kemarau kemenangan di Jelajah Dunia BWF apabila menjuarai Terbuka Hong Kong, hari ini.

Gandingan yang menjadi pilihan ketiga kejohanan itu menampilkan aksi menakjubkan apabila menang dengan straight set 21-14, 21-14.

Mereka hanya memerlukan 37 minit untuk menundukkan lawan dari China, Liu Sheng Shu- Tan Ning yang merupakan pasangan beregu nombor dua dunia.

Pada perlawanan di Hong Kong Coliseum itu, gandingan negara itu  kelihatan tenang walaupun rekod perlawanan tidak memihak kepada mereka, iaitu 2-4.

Ini juga bukanlah kali pertama gabungan Pearly-Thinaah mara ke pusingan akhir Terbuka Hong Kong. Mereka tewas kepada pasangan dari Indonesia pada edisi lalu.

Beregu No.8 dunia itu juga pernah mara ke perlawanan akhir Terbuka Korea Selatan 2024 namun ditundukkan oleh beregu tuan rumah, 21-12, 21-11.

Kemenangan ini sekaligus menamatkan badi kemenangan yang diperoleh iaitu pada kali terakhir sewaktu Jelajah Dunia di Terbuka Perancis, Oktober dua tahun lalu.

Kejayaan pada Terbuka Hong Kong 2024 merupakan gelarang pertama mereka pada jelajah BWF musim ini. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here