Perikatan Nasional (PN) sebulat suara menolak dua draf cadangan memorandum persefahaman (MoU) daripada kerajaan berhubung peruntukan kepada Ahli Parlimen PN.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata keputusan itu membabitkan antara Kerajaan Malaysia dengan parti PN dan antara Kerajaan Malaysia dengan semua Ahli Parlimen PN dibuat atas empat sebab fundamental.