Hamzah Zainuddin

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasioanal (PN) membuat ketetapan sebulat suara menolak Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Peruntukan Pembangkang yang dikemukakan kerajaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, penolakan itu dilakukan kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan; bertentangan nilai budaya, moral dan agama; boleh disalah tafsir dan salah guna kuasa dan mengokong kebebasan.

“Bebarapa syarat yang yang dikenakan dalam MoU ini dikhuatiri boleh menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

PN telah menerima dua set draf cadangan Memorandum Persefahaman (MoU) daripada kerajaan berkaitan dengan peruntukan kepada Ahli Parlimen PN.

Dua draf cadangan Mou tersebut adalah antara Kerajaan Malaysia dan parti PN serta antara Kerajaan Malaysia dengan kesemua Ahli Parlimen PN.

Menurut Hazmah, draf MoU tersebut juga mengandungi syarat-syarat yang dilihat bertentangan dengan nilai tradisi, nilai
budaya, nilai moral, agama serta nilai-nilai tempatan.

Selain itu, tambah beliau, draf MoU itu tidak mempunyai satu mekanisme yang jelas dan keadaan tersebut boleh membuka
ruang kepada berlakunya apa-apa pelanggaran, mungkir janji atau ketidakpatuhan secara ex-parte.

Hamzah berkata, draf MoU tersebut turut mengandungi perkara-perkara yang dilihat mengongkong kebebasan bersuara Ahli
Parlimen, sedangkan setiap Ahli Parlimen mempunyai hak dan imuniti untuk bersuara bagi pihak rakyat mengikut Akta 347 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

“Sehubungan itu, Perikatan Nasional mahu memperingatkan pihak kerajaan kepada manifesto Pakatan Harapan, yang berjanji menyediakan Dana Pembangunan Kawasan Pilihan Raya (CDF) secara sama rata kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti dan rakyat sedang menilai apa sudah jadi dengan janji
janji tersebut,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here