Peserta RXZ Members 6.0 yang dikesan melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas diminta menunggu notis saman yang akan dihantar oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin, berkata ia dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk motosikal tidak mempunyai cermin sisi kiri dan kanan serta ekzos bising akan dihantar terus kepada pemilik motosikal melalui alamat pada pendaftaran kenderaan.