Rosli Abdul Jabar

TEMERLOH – Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Rosli Jabar menempelak Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang didakwa telah memutarbelitkan kenyataan yang dibuat mengenai isu judi, baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur itu berkata, beliau sama sekali tidak menyentuh tentang Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahupun pihak istana dalam kenyataan berkenaan.

Sebaliknya, katanya, kenyataan itu yang diberikan kepada Harakah Daily berikaitan melaksanakan agenda Islam di Pahang bermaksud isu pentadbiran kerajaan negeri dilihat gagal membendung aktiviti judi di negeri tersebut.

”Ucapan tulisan dalam Harakah Daily adalah ringkas, ucapan penuh saya ialah menjelaskan berkaitan judi dan terbukti apabila Pas dapat berkuasa mana-mana negeri. Ini terbukti mana-mana negeri  kita dapat laksanakan undang-undang dan peraturan Islam itu akan kita buat.

”Yang dimaksudkan bagaimana (mengekang)  tindakan judi sendiri namun Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang mengatakan saya tidak menghormati Sultan Pahang sebagai Ketua Agama Islam.

”Sebenarnya dalam ucapan saya tidak ada sepatah pun berkaitan Tuanku atau istana tetapi ucapan saya diputurbelitkan kononnya saya mengganggap pentadbiran tuanku tidak menepati Islam dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada Muktamar Tahunan Pas ke-70, di sini, hari ini

Menurut Rosli, Pas menawarkan agenda Islam sebagai penyelesaian kepada isu judi jika diberi mandat dan kepercayaan menerajui kempimpinan negeri itu.

”Jelas isu yang dibincangkan melibatkan isu pentadbiran maka tak boleh Tuanku untuk dikaitkan. Apa yang saya sebut Islam itu jalan penyelesaian antaranya isu judi dan beberapa perkara dengan Islam.

”Sudah terbukti apabila UMNO memerintah, sudah 60 tahun lebih mereka tidak melaksanakan perkara itu tapi Pas tawarkan, namun yang menjadi isu seolah-olah saya menghina tuanku dan sebagainya,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here