LONDON- Putera William mengucapkan selamat hari jadi kepada adindanya, Harry yang menyambut ulang tahun ke-40, hari ini.
“Selamat hari jadi yang ke-40, Duke of Sussex,” kata William dan isterinya, Catherine menerusi hantaran di akaun rasmi X.
Terdahulu, akaun X keluarga diraja Britain turut mengucapkan selamat ulang tahun kepada anak bongsu pasangan Raja Charles dan mendiang Diana.
Hantaran tersebut turut disertakan bersama gambar Harry yang sedang tersenyum dan sebiji kek hari jadi.
Hubungan Harry dengan keluarganya retak sejak beliau dan isterinya, Meghan Markle meninggalkan kehidupan diraja dan berpindah ke California pada 2020.
Kedua-dua beradik itu mempunyai hubungan yang sangat rapat sebelum ini namun menurut media British, mereka sudah tidak bertegur sapa sejak dua tahun lalu.- Agensi