Seorang pemandu bersama 33 penumpang cedera selepas sebuah bas persiaran dua tingkat merempuh pembahagi jalan di Kilometer 273.5 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, berhampiran Ipoh awal pagi tadi.

Dalam kemalangan itu, tiga orang penumpang yang duduk di tingkat bawah bas turut dilaporkan tersepit.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 1.10 pagi.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here