Gen Prawit Wongsuwon FOTO Bangkok Post

BANGKOK- Aduan terbaharu berhubung anti-pengubahan wang haram telah difailkan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri dan pemimpin parti Palang Pracharath, Gen Prawit Wongsuwon.

Ia susulan daripada empat rakaman audio yang didedahkan kepada media, baru-bari ini.

Aduan dibuat bekas jurucakap Pheu Thai Party, Prompong Nopparit di Pejabat Anti Pengubahan Wang Haram (AMLO), hari ini.

Dalam salah satu daripada empat klip audio tersebut, suara seorang lelaki yang menyamai Gen Prawit bertanyakan seorang individu mengenai pembayaran balik wang yang dipinjamkan kepada beliau.

Prompong bagaimanapun berkata, perbualan di dalam klip tersebut kelihatan seperti permintaan Gen Prawit untuk dibayar balik dan ia mungkin mempunyai asas untuk mengenakan pertuduhan terhadap Gen Prawit di bawah undang-undang AMLO.

Justeru, beliau menggesa AMLO untuk melakukan siasatan.

Beliau turut meminta AMLO untuk menjejaki transaksi yang dibuat Gen Prawit dan lelaki-lelaki yang bernama “O” dan “Pod” yang disebut di dalam klip tersebut.-Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here