Seorang lelaki ditemukan mati lemas dipercayai selepas terjatuh dari bot semasa menjala ikan di Sungai Lumut Kanan berhampiran Jeti Titi Panjang, Seri Manjung di Lumut, Perak
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat pada 12.18 tengah malam tadi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung dengan bantuan BBP Pulau Pangkor dan Sitiawan bergegas ke lokasi kejadian.