Kejayaan atlit wushu negara pada Kejohanan Asia Di Macau, China dengan merangkul tiga pingat emas menjadi hadiah berrmakna sempena sambutan Hari Malaysia.
Mereka menutup kempen Kejohanan Wushu Asia ke-10 dengan cemerlang apabila membawa pulang tiga pingat emas, empat perak dan tiga gangsa pada kejohanan yang berlangsung sejak Khamis lepas hingga semalam.