Hujan lebat sejak awal pagi menyebabkan tiga daerah di Pulau Pinang dilanda banjir.

NIBONG TEBAL – Sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 77 mangsa banjir di negeri ini.

Menurut laporan Sekretariat jawatankuasa Pengurusan Bencana Pulau Pinang antara daerah yang terjejas banjir adalah di Seberang Perai Selatan, ( SPS) Seberang  Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Utara ( SPU).

“Dua PPS dibuka di daerah SPT iaitu di Sekolah Kebangsaan Penanti dan di Dewan Bukit Teh yang masing-masing menempatkan 22 mangsa.

“Bagi daerah SPS, dua PPS dibuka di Dewan Sungai Bakap yang menempatkan 20 mangsa manakala 13 mangsa di Dewan MPKK Sanglang.

“Daerah SPU seramai 25 keluarga terjejas banjir  namun tiada mangsa di pindahkan ke tiga PPS yang dibuka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak yang berkuatkuasa sehingga Khamis ini. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here