Akhbar Ahad, The Observer.

LONDON – Akhbar Ahad tertua di dunia, The Observer, akan dijual kepada kumpulan media baharu dalam talian.

Pengumuman itu dibuat oleh pemiliknya, Guardian Media Group (GMG).

Katanya, ia sedang dalam perbincangan untuk jualan itu pada jumlah yang tidak didedahkan kepada Tortoise Media, yang dilancarkan pada 2019.

GMG menambah, jualan itu bakal menyaksikan The Guardian, tajuk utamanya, kekal sebagai tawaran dalam talian 24 jam seminggu dengan jangkauan global yang lebih besar dan dibiayai oleh pembacanya.

“Syarikat induk The Guardian telah mengumumkania sedang dalam rundingan rasmi dengan Tortoise Media berhubung potensi penjualan The Observer, akhbar Ahad tertua di dunia,” kata satu kenyataan pada Selasa.

GMG berkata, tawaran itu “cukup penting untuk dilihat dengan lebih terperinci”.

Ketua Eksekutif GMG Anna Bateson berkata, jualan itu “menyediakan peluang untuk membina kedudukan masa depan The Observer dengan pelaburan yang besar dan membolehkan The Guardian menumpukan pada strategi pertumbuhannya untuk menjadi lebih global, digital dan lebih dibiayai oleh pembaca”.

Ditubuhkan pada tahun 1791, The Observer telah dibeli oleh GMG pada tahun 1993.

“Sejak itu, ia wujud bersama Guardian, yang akan kekal sebagai operasi digital tujuh hari seminggu tanpa mengira hasil rundingan,” tambah kumpulan induk itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast