KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 19 tahun maut apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan sehingga terjatuh di bawah sebuah lori  pagi tadi di Kilometer 22.2, Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala Selatan.

Mengesahkan kejadian tersebut, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, ketika itu, penunggang motosikal berkenaan terjatuh di bawah lori yang berada di sebelah kiri jalan.

“Pada hari ini pukul 9 pagi Bahagian Siasatan an Penguatkuasaan Trafik Petaling Jaya telah menerima satu laporan polis berkaitan kemalangan maut melibatkan sebuah motosikal dan sebuah lori,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut M. Hussin, akibat cedera parah penunggang motosikal tersebut meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sollehuddin turut meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.

“Kepada sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohammad Najib Mohd Azaman di talian 012-3526147 bagi membantu siasatan.

“Polis ingin mengingatkan serta memohon semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan dan dinasihatkan kepada penunggang motosikal untuk menggunakan lorong bagi mengurangkan risiko kemalangan,” tambahnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Penunggang motosikal maut, mayat ditemui bawah lori

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here