Sebanyak 14 bendera negeri di puncak Bukit Gasing, Selangor oleh MEDIU.

KUALA LUMPUR – Al-Madinah International University (MEDIU) melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mengibar 14 bendera negeri di puncak Bukit Gasing, Selangor di ketinggian 164 meter kelmarin.

Program mendaki sempena sambutan Hari Malaysia 2024 itu disertai 22 kakitangan termasuk pensyarah antarabangsa dan 30 mahasiswa yang bermula di Taman Rimba Bukit Kerinchi Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Eksekutif MEDIU, Prof Madya Dr Omar Muhammad Din berkata, objektif program tersebut bagi membina jati diri cintakan negara selain memberi kefahaman tentang sejarah Hari Malaysia selain usaha agar generasi muda terus menghayati semangat kemerdekaan negara

“MEDIU juga ingin memberi kesedaran tentang sejarah Tanah Melayu di kalangan kakitangan dan siswa tempatan dan antarabangsa dalam usaha memupuk semangat persaudaraan.

“Justeru, program pendakian ini merupakan satu daripada manifestasi mengenai kepayahan pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu untuk mencapai kemerdekaan yang dinikmati rakyat sehingga hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MEDIU telah melancarkan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67 dengan pelbagiai aktiviti telah dirangka sehingga akhir September ini.

Omar meluahkan rasa syukur kerana semua kakitangan dan pelajar MEDIU berjaya sampai ke puncak selepas melakukan persediaan awal.

Bermula bulan lalu, lalu MEDIU telah melancarkan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-67 dengan pelbagiai aktiviti telah dirangka sehingga akhir September ini.

Selain program mendaki dan mengibar Jalur Gemilang, antara aktiviti lain  adalah persembahan pidato, nasyid dan sketsa pendek patriotik yang melibatkan penyertaan pelajar tempatan dan antarabangsa MEDIU.

Kemuncak program itu adalah aktiviti mendaki sempenaHari Malaysia di Bukit Gasing. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here