Tiong Kee (tiga dari kiri) menunjukkan baju T untuk peserta yang akan menyertai Neon Walk 4.0 bagi membantu mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 untuk kegunaan pesakit kanser di Melaka pada 5 Oktober ini.

MELAKA – Prihatin terhadap pesakit kanser, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Lions Club Tanjung Bidara menganjurkan Larian Neon atau Neon Walk 4.0 bagi membantu mengumpul dana RM100,000 untuk kegunaan pesakit kanser.

Presidennya, Gan Tiong Kee berkata, program yang dijangka berlansung sekitar Bangunan Stadthuys di sini pada 5 Oktober ini turut mendapat kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan penaja utama Himalaya Sports Malaysia.

“Bagi tahun keempat kini, Lions Club menyasarkan 2,000 peserta yang mana setakat ini sudah 1,000 mendaftar dengan bayaran RM50 seorang melayakkan mereka mendapat baju T.

“Kita sasarkan acara berjalan kaki pada waktu malam ini mampu menyumbang sebanyak RM100,000 melalui kutipan yuran untuk membantu rawatan diperlukan pesakit kanser,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, Pengurus Kanan NCSM Melaka, M.Banu berharap orang ramai tanpa mengira had umur dapat menyertai acara berjalan kaki itu untuk membantu golongan memerlukan.

“Jika sasaran ini dicapai, ia akan digunakan sepanjang tahun 2025 untuk keperluan pesakit kanser terutamanya daripada kumpulan B40 yang terpaksa berulang alik untuk rawatan dari Melaka ke ibu negara.

“Kos diperlukan pula bagi setiap pesakit pula adalah antara RM500 hingga RM1,000 bergantung kepada tahap dan jumlah rawatan diperlukan,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyertai Larian Neon atau Neon Walk 4.0 boleh mendaftara secara dalam talian dengan menghubungi talian 012-6398030 (Josephine Tan) dan 019-221 7921 (Gan TK). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast