Dr Anuar Ahmad

KUALA LUMPUR – Cadangan bertalu-talu daripada pelbagai pihak daripada Timbalan Perdana Menteri, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) supaya Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) dikembalikan jelas membuktikan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) gagal dilaksanakan secara berkesan.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Anuar Ahmad berkata, PBD sudah tidak mendapat keyakinan sebahagian besar masyarakat khususnya dalam kalangan ibu bapa dan guru-guru.

Katanya, sejak tahun 2020 lagi, beliau sudah berulang kali memberikan peringatan bahawa PBD akan gagal, jika ekosistem PBD tidak disediakan terlebih dahulu sebelum PBD dilaksanakan secara menyeluruh ke seluruh negara.

Artikel berkaitan: UPSR wajar dikembalikan, penilaian berpusat sebelum ke sekolah menengah – Asyraf

Pemansuhan PT3, UPSR: Dasar pendidikan perlu dirombak- Zahid

“Malangnya tiada yang ambil peduli dengan peringatan tersebut. PBD terus berjalan seperti biasa. Hari ini, kita sudah melihat PBD semakin ditolak,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Anuar berkata, sistem PBD memang baik kerana menaksir murid secara holistik, tetapi, ia mestilah dilaksanakan secara berkesan dan ekosistem PBD juga mestilah sesuai.

“PBD ditolak bukan kerana amalan dan prinsip PBD yang tidak baik tetapi PBD ditolak kerana gagal dirancang secara berkesan.

“PBD ditolak kerana ekosistem PBD yang lemah.

“Jika kita tidak mampu melaksanakan PBD secara berkesan dan tidak mampu sediakan ekosistem PBD yang sesuai, jalan lebih baik ialah laksanakan UPSR an PT3,” ujarnya. – MalaysiaGazette

UPSR, PT3 komponen penting dalam sistem pendidikan, wajar dikembalikan semula

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here