Penunggang motosikal ditemui mati di bawah lori selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 22.2, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dekat Sunway Damansara, Petaling Jaya.

KUALA LUMPUR – Seorang remaja meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 22.2, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dekat Sunway Damansara, Petaling Jaya hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan pukul 8.49 pagi.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori jenis Isuzu dan sebuah motosikal Yamaha R25,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebuah lori terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di Kilometer 22.2, Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) dekat Sunway Damansara, Petaling Jaya.

Menurut Ahmad Mukhlis, ketika kejadian, mangsa yang berusia 19 tahun itu berada di bawah lori terbabit.

“Mangsa tidak tersepit dan dibawa keluar dari bawah lori oleh anggota bomba,” katanya.

Katanya lagi, mayat mangsa sudah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast