Kawasan longkang yang menjadi habitat anak ular sawa.

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, satu orang mati akibat dipatuk ular setiap empat hingga enam minit, dan lebih satu pertiga daripada semua mangsa berumur di bawah 20 tahun.

” Ular berbisa berada secara meluas di kedua-dua kawasan tropika dan sederhana di dunia, dari hutan hujan tropika hingga padang pasir gersang dan tundra berais di atas kutub, memberi kesan tertinggi terhadap kesihatan awam di negara berpendapatan rendah dan sederhana di persekitaran tropika dan subtropika,” David Williams, pakar WHO mengenai ular dan gigitan ular.

Kenyataannya dibuat menjelang Hari Kesedaran Gigitan Ular Antarabangsa, yang disambut setiap 19 September.

Menurut pakar, 1.8 hingga 2.7 juta kes gigitan ular berlaku setiap tahun, mengakibatkan kira-kira 81,000 hingga138,000 kematian.

Kebanyakan gigitan ular berlaku di Asia, Afrika, dan Amerika Latin, kata Williams.

Manakala dianggarkan 1.2 juta orang mati akibat gigitan ular di India sahaja pada 2000-2019, purata 58,000 setiap tahun.

Tegasnya, bukan semua gigitan ular menyebabkan kematian, tetapi bagi setiap orang yang mati, tiga lagi mengalami “kecacatan jangka panjang atau kekal” seperti parut fizikal yang melemahkan atau amputasi.

Mengenai ancaman ini, beliau berkata, kawasan yang paling banyak terjejas oleh gigitan ular mempunyai sedikit atau tiada akses kepada rawatan yang mencukupi.

“Ubat anti-venom, rawatan paling berkesan yang ada pada masa ini, sangat kekurangan bekalan di kebanyakan wilayah yang paling teruk terjejas di dunia, dengan satu kajian menganggarkan bahawa Afrika sub-Sahara mempunyai akses kepada kurang daripada 3% daripada keperluan tahunan,” katanya.

Perubahan iklim boleh meluaskan julat dan limpahan ular berbisa, yang berpotensi memaksa sesetengah spesies ke persekitaran baharu yang mana ia akan bersentuhan dengan individu yang tidak pernah menemuinya sebelum ini, katanya lagi. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast