Kem Nemo di Balok, Kuantan.

KUANTAN – Seorang warga emas maut dihempap sebatang pokok dalam kejadian ribut kencang di tapak perkhemahan Kem Nemo di Balok, dekat sini, petang tadi.

Pokok berkenaan tumbang dan menimpa khemah yang dihuni mangsa, Che Zakariah Che Ali, 67, dari Felda Cherul 2 dan keluarganya.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, dua lagi mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian jam 3.56 petang.

“Ada dua orang mangsa yang cedera, iaitu seorang wanita yang luka di kaki dan seorang lagi kanak-kanak telah dibawa oleh orang awam ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan,” katanya.

Lokasi pokok tumbang telah dibersihkan oleh oleh anggota APM Pahang. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here