Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan

KUALA LUMPUR – Polis Selangor akan menutup 33 jalan di beberapa lokasi utama sekitar Klang pada 22 September ini bersempena Program Selangor Police Integrity Half Marathon 2024.

Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Hussein Omar Khan berkata, acara larian marathon itu membabitkan jarak kategori 21 kilometer (km), 10 km dan 5 km yang bermula dan berakhir di Stadium Sultan Sulaiman, Bandaraya Diraja Klang.

“Seramai 5,000 peserta yang terdiri daripada warga PDRM Selangor bersama masyarakat akan mengambil bahagian dalam maraton pada Ahad ini.

“Sehubungan itu, beberapa laluan tertentu akan ditutup secara berperingkat dan juga ditutup sepenuhnya bermula pada jam 4 pagi hingga 10 pagi sehingga maraton selesai sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebanyak 34 jalan akan terlibat iaitu bermula dari Jalan Istana, Jalan Dato Hamzah, Jalan Mohet, Jalan Tali Air, Jalan Taman Istana, Bulatan Simpang Lima, (Menhala Jalan Istana), Persiaran Tengku Ampuan Rahimah (satu Lorong), Jalan Sri Siantan, Jalan Tun Dr. Ismail dan Jalan Damak.

Jalan Sungai Jati, Jalan Kampung Jawa, Jalan Kota Raja, Jalan Dato Mohd Sidin, Jalan Landasan, Jalan Kampung Kuantan, Jalan Bukit Kuda, Jalan Batu Tiga Lama, Jambatan Musaeddin, Jalan Tengku Diaudin, Jalan Stesen, Jalan Besar, Jalan Raya Timur dan Jalan Kota Raja.

“Manakala senarai jalan yang ditutup sepenuhnya untuk larian maraton ialah Jalan Padang, Jalan Istana, Jalan Limau, Jalan Raja Jumaat, Jalan Stesen 2, Jalan Pegawai, dan Jalan Tengku Kelana 2.

“Untuk mengelak sebarang kesulitan sepanjang program maraton itu, orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Tengku Kelana, Lorong Kita Raja 4, dan Lorong Kota Raja 6 untuk memudahkan perjalanan mereka bagi urusan harian,” ujarnya.

Menurut Hussein, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mengelakkan daripada melalui laluan-laluan yang terlibat dalam program maraton dan mencari jalan alternatif untuk mengelakkan kesesakan dan menjamin keselamatan peserta maraton. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here