Mirzan dan Mokhzani Mahathir.

PUTRAJAYA – Dua anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, masing-masing adalah Tan Sri Mokhzani dan Mirzan telah mengisytiharkan harta mereka dalam tempoh ditetapkan badan pencegahan rasuah itu tanpa mendedahkan tarikh sebenar.

“Mereka telah pun mengisytiharkan harta kepada kami namun pihak penyiasatan sedang buat penyelarasan dengan pihak peguam mereka.

“Ini bagi mendapatkan lebih maklumat lanjut berhubung perkara itu. Secara asasnya, mereka sudah isytihar harta, itu paling penting,” katanya pada sidang media khas di sini hari ini.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki bercakap pada Sidang Media Khas ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Auditorium Ibu Pejabat SPRM, Wilayah Persekutuan, PUTRAJAYA. Foto AIZAT ZAINAL, 18 SEPTEMBER 2024.

Pada Ogos lalu, SPRM bersetuju melanjutkan masa kepada dua anak negarawan itu untuk mengisytiharkan aset masing-masing sehingga pertengahan September ini.

Mirzan dan Mokhzani diarahkan SPRM pada Januari mengisytiharkan aset mereka sejak 1981 di mana Dr Mahathir ketika itu menjadi Perdana Menteri kemudian mereka telah menerima dua tempoh lanjutan berbanding tarikh akhir asal pada Februari.

Pada 24 Mei lalu, Mirzan dan Mokhzani dilaporkan memohon kepada SPRM untuk melanjutkan tarikh akhir untuk tempoh pengisytiharan harta walaupun telah diberikan sebelum ini.

Dilaporkan mereka turut disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Haaa.. dah tiba dah kot masa utk keluarkan berkotak2 bukti yang lama dok simpan. Rakyat pakat nak tgk, dlm kotak2 bukti ada apa. Sampai sekarang jgn kata isi, rupa kotak pun tak nampak2 lagi.. gamak diorg kata kotak auta semata2..kaih kaih kasi keluar.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here