Seorang pemuda maut selepas motosikal ditungangnya merempuh sebuah kereta yang membelok di Jalan Kulai-Kota Tinggi, Kulai, semalam.

KULAI – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungangnya merempuh sebuah kereta yang membelok secara tiba-tiba di Jalan Kulai-Kota Tinggi dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee berkata, kejadian pukul 6.51 petang itu mengorbankan penunggang motosikal Yamaha 135C yang berusia 25 tahun.

“Kemalangan tersebut berlaku apabila kereta jenis Kia dipandu seorang lelaki berusia 75 tahun dari arah Kulai ke menghala ke Kota Tinggi sampai di tempat kejadian telah membelok ke kanan.

“Penunggang motosikal yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian tepi kereta tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Seng Lee, akibat pelanggaran tersebut, penunggang terbabit tercampak tengah jalan dan mengalami cedera parah sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini.

Sementara pemandu dan penumpang wanita berusia 64 tahun cedera ringan turut dibawa ke hospital yang sama, katanya.

Kes disiasat bawah Sekysen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim 017-757 3507,” katanya.

Mereka juga ujarnya, boleh hadir ke Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Ppolis Daerah Kulai.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here