Keadaan Medan Selera di Pantai Batu 23, Sungai Nibong, Sekinchan digenangi air luar selepas terkena fenomena air pasang besar kira-kira jam 4.20 petang tadi. Foto: NIZAM ZAIN, 18 SEPTEMBER 2024

SEKINCHAN – Fenomena air pasang besar yang dikeluarkan Pusat Hidrografi Nasional Malaysia bermula 17 hingga 21 September ini mula memberi kesan kepada sesetengah kawasan pesisir pantai di Selangor sejak awal pagi tadi.

Kebanyakan lokasi titik panas yang kerap dinaiki limpahan air laut dek kerana air pasang besar ini melibatkan kawasan di sebelah utara Selangor seperti Kuala Selangor; Tanjong Karang dan Sekinchan.

Keadaan Medan Selera di Pantai Batu 23, Sungai Nibong, Sekinchan digenangi air luar selepas terkena fenomena air pasang besar kira-kira jam 4.20 petang tadi.
Foto: NIZAM ZAIN, 18 SEPTEMBER 2024

Tinjauan MalaysiaGazette ke utara Selangor mendapati, kawasan Sekinchan antara pesisir pantai yang terawal menerima kesan Monsun Barat Daya (MBD) iaitu Pantai Batu 23, Sungai Nibong, di sini, hari ini.

Keadaan Dataran Batu 23 ditelenggami air luat ketika fenomena air pasang besar di Pantai Batu 23, Sungai Nibong, Sekinchan, Selangor, hari ini.
Foto: NIZAM ZAIN, 18 SEPTEMBER 2024

Kawasan medan selera bersebelahan Pantai Batu 23 itu ditenggelami limpahan air laut sebanyak dua kali iaitu kira-kira jam 6.30 pagi dan 4.20 petang tadi.

Akibatnya kesemua peniaga terbabit tidak dapat menjalankan aktiviti perniagaan kedai makan mereka sepanjang tempoh fenomena air pasang besar melanda seluruh negara ketika ini.

Abu Hadi Poniman bercakap kepada MalaysiaGazette ketika ditemui di Pantai Batu 23, Sungai Nibong, Sekinchan, Selangor, hari ini.
Foto: NIZAM ZAIN, 18 SEPTEMBER 2024

Menurut seorang pekerja Restoran Terapung Pantai Batu 23 Sungai Nibong, Abu Hadi Poniman, 50, dia yang bekerja di situ sejak tiga tahun lalu menyifatkan insiden itu sebagai air pasang ‘keling’.

Bagaimanapun katanya, fenomena alam itu kali ini tidak seteruk tahun lalu hingga menyebabkan peralatan dapur, kerusi dan meja restoran terbabit dihanyutkan air laut setiap kali ombak menghempas badai.

“Kita memang sudah biasa dengan fenomena ini, setiap tahun mesti (paras) air akan terus naik. Dulu sebelum pantai ini ditambak, keadaan lagi teruk, semua barang-barang dapur habis dihanyut. Sejak ada tambak, kurang sedikit,” katanya kepada MalaysiaGazette, di sini, hari ini.

Keadaan Restoran Terapong ditelenggami air luat ketika fenomena air pasang besar di Pantai Batu 23, Sungai Nibong, Sekinchan, Selangor, hari ini.
Foto: NIZAM ZAIN, 18 SEPTEMBER 2024

Abu Hadi berkata, fenomena air pasang besar awal pagi tadi dicatatkan setinggi 5.3 meter dan paras air laut akan semakin meninggi sekiranya didatangi dengan angin kepada 5.4 meter.

“Kalau campur dengan angin, paras air laut akan naik, kali ini angin yang datang ini dari utara, di mana Pulau Pinang lebih terdahulu ditimpa fenomena ini.

“Kali ini air pasang besar di Pantai Batu 23 ini tiada angin, cuma disertakan dengan ribut tengah lautan di mana alur ombak dan hentaman dia juga kuat. Alur ini bahaya dan boleh menghancurkan bangunan,” katanya.

Mohd Azharul Abu bakar bercakap kepada MalaysiaGazette ketika ditemui di Pantai Batu 23, Sungai Nibong, Sekinchan, Selangor, hari ini.
Foto: NIZAM ZAIN, 18 SEPTEMBER 2024

Sementara itu, bagi seorang peniaga air balang, Mohd Azharul Abu Bakar, 34, berkata, setiap kali fenomena air pasang besar, kawasan bersebelahan pesisir pantai akan ditenggelami air dan banjir kilat ini boleh dielakkan jika kebersihan dijaga.

“Kita kena pastikan saluran longkang tidak tersumbat dan terhalang daripada sebarang objek yang menghalang air.

“Longkang tersumbat antara punca banjir kilat cepat naik, kalau boleh kita minta kerjasama semua pihak dan sentiasa pantau kebersihan dan turun padang ke kawasan Pantai Batu 23,” katanya.

Keadaan tandas awam yang ditelenggami air laut ketika fenomena air pasang besar di Pantai Batu 23, Sungai Nibong, Sekinchan, Selangor, hari ini.
Foto: NIZAM ZAIN, 18 SEPTEMBER 2024

Bagaimanapun fenomena kali ini tidak seteruk tahun lalu susulan benteng pantai tersebut sudah dinaik taraf oleh pihak berkuasa.

“Alhamdulillah keadaan sekarang sudah terkawal, air laut yang melimpah ke medan selera ini cepat surut, tidak seperti dulu.

“Banjir kilat boleh berlaku kira-kira 30 minit sahaja dan keadaan itu lebih baik jika sistem perparitan tidak tersumbat dan diselenggara dengan baik,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast