Che Zakariah (duduk, tengah) bergambar bersama keluarga ketika perkahwinan anak keenamnya pada 24 Februari 2023 lalu.

KUANTAN -Siapa sangka perkhemahan kali kedua bersama ibu bapa berakhir tragedi ribut taufan sehingga mengorbankan ayahnya.

Mangsa, Che Zakariah Che Ali, 67, meninggal dunia selepas dihempap pokok tumbang di kawasan perkhemahan Kem Nemo di Balok petang semalam.

Anak mangsa, Nur-Ain Che Zakariah, 34, berkata, sebelum itu ayahnya duduk di atas kerusi healing sambil menikmati suasana hujan di tepi Pantai Balok selepas makan.

Katanya, ketika kejadian hujan tidak begitu lebat namun beliau berasa tidak sedap hati apabila terdengar bunyi rekahan pokok di kawasan perkhemahan.

Beliau yang hanya berada jarak dua kaki dekat dengan ayahnya bagaimanapun terselamat daripada insiden ribut kencang  petang semalam.

“Sebelum kejadian ayah berada bawah khemah dan pokok yang tumbang betul-betul di bawah tapak khemah kami. Batang pokok yang besar tumbang namun dahan pokok yang besar jatuh menimpa kaki ayah.

“Kaki ayah patah akibat kecedaraan itu, kami dengan bantuan orang ramai segera mengalihkan dahan pokok itu, tapi tak berani alihkannya kerana khuatir kecederaan ayah akan menjadi lebih parah,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Anak keempat daripada tujuh beradik itu memberitahu, kejadian pokok tumbang itu berlaku sekelip mata dan ayahnya meninggal sejurus lima minit insiden berlaku.

Nur-Ain hanya mengalami bengkak di kaki manakala anak saudara perempuannya berusia tujuh tahun menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Beliau reda dengan pemergian ayahnya berkata, keluarganya sebelum itu merancang percutian sempena cuti sekolah dengan disertai empat orang adik beradik sahaja.

“Ketiga-tiga adik beradik lelaki dan pasangan tidak dapat sertai cuma kami berempat (semua anak perempuan). Kami memasang lima khemah termasuk khemah terbuka ruang makan sejak dengan pakej tiga hari dua malam sejak bermula Isnin,” tambahnya.

Jenazah Che Zakariah dibawa ke Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah (SASMEC) dan dituntut oleh ahli keluarga pada malam tadi.

Sejurus itu dimandikan, jenazah disembahyangkan Masjid Tengku Ampuan Afzan Kuantan dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Cherul, di Kemaman pukul 2.30 pagi  tadi.

Sementara itu, operasi tapak pekhemahan di kem berkenaan ditutup sementara waktu susulan kejadian ribut kencang pada semalam yang terjadi kira-kira pukul 3 petang semalam. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Warga emas mati dihempap pokok di tapak khemah

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here