BANGI – Blueprint Panda, sekumpulan pelajar Pasca Siswazah Pengajian Pentadbiran Perniagaan (MBA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Program WAP-Preneur: Curhat Sesh with UKM’s pada 23 Ogos 2024 di Auditorium Asasi Pintar, UKM.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa asasi tentang peluang dalam dunia perniagaan.

Dan, program ini telah mengetengahkan seorang usahawan dan Pengasas Rotiwap, Mohamad Aqil Ameerel Ramdan, 27 tahun yang beroperasi di bawah bimbingan dan seliaan PKNS-PUNB.

Dalam era digital ini, masyarakat disajikan dengan cerita bahawa menjadi pempengaruh media sosial adalah lebih lumayan dan cepat.

Cerita-cerita sebegini telah memberi kesan kepada ramai belia sehingga mereka kurang minat untuk melanjutkan pendidikan lebih tinggi.

 

Para pengunjung meninjau booth Rotiwap selepas program, sambil mendengar penerangan
mengenai produk yang diusahakan oleh Mohamad Aqil Ameerel.”

Dalam suasana interaktif, para peserta diberikan peluang untuk mengajukan soalan dan mendapatkan jawapan langsung daripada panel yang terdiri daripada usahawan berjaya.

Selain Aqil, antara panel lain yang terlibat ialah Amir Syakireen Ramli, Alumi UKM Terbilang yang merupakan pengasas Hipster Pomade, serta NurHaziqah Hishamudin, penerima Anugerah Pelajaran Diraja UKM.

Program ini mendapat sokongan penuh daripada Pengarah Asasi Pintar UKM, Prof. Dr. Ismanizan Ismail, yang turut memberikan galakan kepada mahasiswa untuk meneroka potensi mereka dalam bidang keusahawanan.

Forum Wap-preneur Curhat Sesh with UKM’s: (dari kiri) Nur Qayyum Hemly, moderator; Amir
Syakireen Ramli, pengasas Hipster Pomade; Mohamad Aqil Ameerel Ramdan, pengasas Rotiwap;
dan NurHaziqah Hishamudin, penerima Anugerah Pelajaran Diraja, sedang berkongsi pengalaman
mereka bersama mahasiswa-mahasiswi Asasi Pintar UKM.

Program WAP-preneur ini juga merupakan sebahagian daripada pelan pemasaran tanggungjawab social korporat Rotiwap dan dianjurkan bersama Blueprint Panda.

Ia juga merupakan inisiatif Aqil yang merupakan seorang Alumni Terbilang UKM, dalam menyumbang kembali kepada alma maternya.

Dengan pelbagai aktiviti dan sesi soal jawab yang menarik sepanjang program ini diharapkan dapat menyuntik semangat keusahawanan dalam kalangan mahasiswa asasi dan membantu mereka mengembangkan kemahiran perniagaan yang diperlukan di masa hadapan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here