Foto: FB Jiwa Bakti

SIBU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahum yang sedang mandi sungai bersama ahli keluarga di Kampung Seberang Pasar Lama Tatau, Bintulu, kira-kira 159 kilometer dari sini, dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya lewat petang ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dikenali sebagai Cicilia Julan Intik tertumpu di sekitar jeti di tebing sungai.

Menurutnya sebaik sahaja panggilan kejadian diterima pada jam 7.21 malam, enam anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau telah digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira lima kilometer dari balai itu.

“Komander operasi melaporkan kejadian melibatkan seorang kanak-kanak perempuan mandi di sungai bersama ahli keluarga beliau pada jam 6.30 petang dan kejadian disaksikan oleh datuk mangsa,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Operasi pencarian mangsa ditangguhkan pada pukul 8.30 malam kerana keadaan cuaca gelap dan faktor keselamatan anggota SAR dan operasi pencarian akan disambung semula pada pagi esok. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast