Pelakon Nur Fazura

KUALA LUMPUR – Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pelakon, Nur Fazura mengenai permohonan cerai terhadap suaminya, Fattah Amin yang dilaporkan berlaku pada Jumaat lalu.

Menurut kenyataan daripada pengurus Nur Fazura, Iman Tang, proses perceraian tersebut dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) perundangan negara dan mereka tidak pernah berkongsi butiran lanjut atau tarikh prosiding kepada umum, katanya dalam kenyataan.

Iman turut menasihati orang ramai agar menghentikan spekulasi mengenai kemelut rumah tangga pasangan selebriti itu untuk mengelakkan salah faham.

Baru-baru ini terdapat laporan di media sosial mendakwa  Fazura memohon untuk berpisah secara baik dan tarikh sebutan kes penceraian pasangan tersebut dikatakan pada 25 September ini.

Fazura dan Fattah Amin berkahwin pada 27 November 2017, dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here