Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Tanah perkuburan Islam Raudhatus Saadah yang terancang dan pertama seumpamanya di Kelantan akan dibuka pada 1 Oktober ini.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Dr Hasnan Ramli berkata, tanah perkuburan di bawah seliaan MAIK itu terletak di Rantau Panjang, Pasir Mas dan memiliki keluasan kira-kira 2.32 hektar yang mampu memuatkan 4,552 lot kubur.

“Pihak pengurusan MAIK bersetuju membenarkan empat mukim iaitu Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing), Masjid Mukim Taman Sri Rantau, Masjid Mukim Banggol Kulim dan Masjid Mukim Gual Tinggi untuk urusan pengebumian di tanah perkuburan itu.

“Sementara itu, permohonan pengebumian dari luar mukim berkenaan perlu mendapatkan kelulusan khas pihak pengurusan MAIK,” katanya pada sidang media di Pejabat MAIK di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga merancang membuka tanah perkuburan Islam terancang yang kedua di Mukim Tanjung Chat di sini. – Bernama

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here