Seorang wanita daripada sekumpulan 20 pendaki mengalami kecederaan akibat otot terkoyak dan kekejangan ketika mendaki Gunung Tahan di Jerantut hari ini.

KUANTAN – Seorang wanita daripada sekumpulan 20 pendaki mengalami kecederaan akibat otot terkoyak dan kekejangan ketika mendaki Gunung Tahan di Jerantut hari ini.

Menerusi kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 8.49 pagi.

Mangsa, Nurul Shafiqah Norazmi, 27, mengalami kecederaan di paha dan kaki di Kem Pangkin di Gunung Tahan.

“Pihak bomba menerima maklumat dari pada Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Tahan pada pukul 8.42 pagi terdapat seorang wanita dewasa yang membuat pendakian di Gunung Tahan telah cedera.

“Komander operasi BBP Kuala Lipis memaklumkan terdapat satu anggota Mocsar Merapuh berada di Kem Pangkin dan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Pahang memohon bantuan helikopter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan aktiviti pendakian disertai 16 lelaki dan empat wanita bersama dua jurupandu bermula 15 hingga 21 September ini. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here