Jabatan Penjara Malaysia menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian seorang banduan reman melarikan diri dari Unit Kecemasan Hospital Sungai Buloh, pada Rabu lalu.
Dalam kenyataannya, ia memaklumkan yang sama sekali tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat unsur kecuaian atau kelemahan pematuhan kepada prosedur semasa melaksanakan tugas.