Seramai 556 mangsa banjir ditempatkan di tujuh PPS di Pulau Pinang.

SEBERANG PERAI – Seramai 556 mangsa banjir masih ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan tiga daerah di negeri ini setakat jam 8 pagi tadi.

Menurut laporan Sekretariat jawatankuasa Pengurusan Bencana Pulau Pinang, mangsa banjir di daerah Seberang Perai Utara (SPU) masih merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 421 individu membabitkan 109 keluarga.

“Bagi daerah Seberang Perai Tengah (SPT) seramai 95 mangsa daripada 24 keluarga ditempatkan di PPS manakala bagi daerah Seberang Perai Selatan (SPS) melibatkan 19 keluarga dengan jumlah 40 mangsa.

“Sejak Selasa lalu sebanyak 11 PPS dibuka namun selepas trend semasa menunjukkan penurunan empat PPS di daerah SPT serta SPS ditutup susulan mangsa telah pulang ke rumah masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media semalam melaporkan Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak bercadang untuk mengisytiharkan darurat susulan banjir di beberapa kawasan di negeri itu kerana situasi dilihat semakin reda.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, tiada keperluan untuk membuat keputusan demikian meskipun terdapat beberapa kawasan di Seberang Perai dan bahagian pulau yang mengalami ribut. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here