Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain. Foto MOHD ADZLAN, 13 SEPTEMBER 2024.

KUALA LUMPUR- Bekas pengikut Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) atau orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu pihak polis dalam siasatan kes berkaitan rumah amal kendalian syarikat itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, bekas pengikut GISBH yang ada pengalaman atau maklumat berkaitan pengabaian, penganiayaan, penderaan dan salah laku seksual di rumah amal diharap dapat membantu pihak berkuasa menyiasat kes ini.

“Kita juga akan berbincang dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkaitan aktiviti GISBH ini,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette, hari ini.

Sebelum ini Razarudin memberitahu, hasil saringan kesihatan  terhadap 384 kanak-kanak yang diselamatkan menerusi Op Global baru-baru ini, mendapati berlaku ciri-ciri pengabaian dan penganiayaan mangsa.

Dalam serbuan Operasi khas menerusi Op Global pada 11 September lalu, polis telah berjaya menyelamatkan seramai 402 kanak-kanak berusia antara satu hingga 17 tahun yang dipercayai dieksploitasi di 20 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here