KUALA LUMPUR- Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat), Khairul Kamarudin dinobatkan sebagai CEO Terbaik bagi 2024 oleh Anugerah Kewangan Islam Global (GIFA).

Kemenangan anugerah berprestij itu menjadi bukti kepada kepimpinan beliau dalam menerajui Bank Muamalat sehingga muncul sebagai pemain utama sektor kewangan Islam.

“Khairul memenangi anugerah ini selepas melalui pelbagai saringan ketat dan perlu bersaing dengan pemimpin-pemimpin hebat lain dalam industri ini di peringkat global.

“Beliau berjaya menewaskan pesaing yang lain hasil pendekatannya yang berwawasan, kepimpinan strategik serta komitmen tidak berbelah bahagi terhadap prinsip kewangan Islam,” kata Bank Muamalat dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, ketika mengulas kemenangannya, Khairul berkata, beliau bangga dengan progres dan momentum yang dicapai Bank Muamalat sejak bertahun-tahun lalu.

“Bank Muamalat Malaysia Bhd. telah bertukar menjadi bank Islam yang lebih kuat, mapan dan rakan kongsi sebenar kepada pelanggan kami dari pelbagai aspek,” katanya.

Anugerah berkenaan diberikan semasa Majlis Anugerah GIFA ke-14 di Maldives yang turut menganjurkan Sidang Kemuncak Kewangan Islam Global, baru-baru ini.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here