LOGO JPJ

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bekerjasama dengan  Touch ‘n Go (TNG) bagi mengemas kini maklumat nombor kad pengenalan atau national registration identity card (NRIC) pemilik kenderaan Singapura menerusi aplikasi TNG eWallet melalui menu ‘VEP JPJ’ untuk memudahkan permohonan tag RFID VEP.

Langkah ini bagi menambah baik proses pendaftaran Permit Kemasukan Kenderaan Asing (VEP) bagi memudahkan urusan pemilik kenderaan Singapura mendapatkan tag RFID VEP.

Bagi tujuan tersebut, pemilik kenderaan Singapura yang merupakan pengguna aplikasi TNG eWallet Singapura perlu mengemaskini aplikasi TNG eWallet kepada versi yang terkini iaitu iOS versi 1.8.37, Android versi 1.8.35.1 dan Huawei versi 1.8.35.1.

Pihak TNG turut menyediakan pemudahcara yang akan membantu pemilik kenderaan Singapura bagi mengemas kini maklumat yang berkaitan TNG eWallet.

Pemudahcara ini akan ditempatkan di lokasi yang telah ditetapkan bermula Isnin, 23 September 2024 seperti berikut :
Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Johor
Kompleks JPJ, Taman Daya
80990 Johor Bahru

Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah Selatan
Jalan Kebun Teh Lama, Larkin
80250 Johor Bahru

Kementerian Pengangkutan dan JPJ berharap usaha ini sebagai salah satu inisiatif memudahkan proses pendaftaran VEP ke atas pemilik kenderaan Singapura seterusnya memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik dan cekap demi menjamin kesejahteraan dan keselesaan pengguna jalan raya di Malaysia. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here