Antara mecun yang dirampas pihak polis dalam serbuan di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi, semalam.

KOTA TINGGI – Seorang lelaki cuba melanggar anggota polis dengan menggunakan pacuan empat roda dipandunya semasa serbuan di Taman Sri Saujana di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Yusof Othman berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 1 petang ketika operasi dilakukan ke atas Mitsubishi ASX 4WD dipandu suspek.

“Semasa operasi itu dilakukan suspek cuba melanggar anggota yang melakukan serbuan namun berjaya ditahan dan ditangkap.

“Hasil pemeriksaan pihak polis menemukan lapan buah kotak mengandungi pelbagai jenis mercun disembunyikan dalam kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM42,000

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Pihak polis ujarnya, memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat agar tampil menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran.

Tambahnya, mereka juga boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi menerusi talian 07-8837222.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here