Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang melakukan gimik perasmian Garis Panduan Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan Negara ketika di Marriott Hotel, Putrajaya. Foto MOHD ADZLAN, 20 SEPTEMBER 2024.

PUTRAJAYA – Semua agensi berkaitan bencana banjir akan terus memantau dan melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang melanda  beberapa buah negeri.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, ia merupakan SOP yang sering dilaksanakan setiap kali musim tengkujuh.

“Kita sudah ada yang saya katakan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang kita wujudkan, di setiap peringkat sudah ada.

“Jadi apabila berlaku bencana, SOP khususnya berkaitan menyelamat dan memindahkan mangsa itu akan bergerak untuk pastikan apa sahaja tindakan, usaha menyelamat akan ada, SOP itu sudah ada, ia bergerak agak baik sekarang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Garis Panduan Tadbir Urus Dan Etika Kecerdasan Buatan Negara (Artificial Intelligence Governance And Ethics – AIGE).

Tambah beliau, selain SOP berkenaan pemindahan mangsa banjir kerajaan dalam masa yang sama kerajaan turut menumpukan bantuan yang perlu disalurkan.

Sehingga pagi tadi, seramai 6,104 mangsa daripada 1,947 buah keluarga yang terjejas banjir ditempatkan di 38 Pusat Pemindahan Sekentara (PPS) di tujuh daerah.

Berdasarkan data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Kota Setar masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 2,425 orang, diikuti Kubang Pasu (1,540), Pokok Sena (932), Pendang (806), Kuala Muda (184), Bandar Baharu (137) dan Kulim (80).

Dilaporkan sehingga kini, semua mangsa banjir terdiri daripada 2,184 lelaki dewasa, wanita (2,332), kanak-kanak lelaki (738), kanak-kanak permepuan (734), bayi lelaki (53) dan bayi perempuan (63).-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here