Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin

KUALA LUMPUR- Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG) berkuat kuasa hari ini.

Kumpulan penerbangan nasional itu dalam kenyataan berkata, Wan Zulkiflee menyatakan hasrat untuk meninggalkan jawatan tersebut sejak Jun lalu.

Beliau dilantik sebagai Pengerusi MAG sejak 2020 dan berjaya membimbing syarikat penerbangan itu menempuhi detik sukar ketika pandemik Covid-19.

“Pengalaman luas Wan Zulkiflee menjadi pemangkin kepada kejayaan penstrukturan semula kewangan kumpulan dan mengurangkan liabiliti MAG sebanyak lebih RM15 bilion.

“Kepimpinan luar biasa beliau juga berjaya membantu syarikat mencatatkan pendapatan bersih selepas cukai 2023 buat pertama kalinya selepas kumpulan ini ditubuhkan pada 2015,” kata kenyatan itu.

MAG adalah syarikat induk kepada Malaysia Airlines dan Firefly.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here