KUALA LUMPUR – Sebuah bas persiaran terbakar semasa melalui Lebuhraya CSR Chegar Perah – Jalan Merapoh, Kuala Lipis, Pahang, malam tadi.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Shaifuddin Omar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 11.24 malam.
“Bas jenis persiaran itu telah mengalami kebakaran sehingga 100 peratus. Bagaimanapun, kesemua 27 penumpang beserta dua pemandu selamat,” katanya.
Seramai 15 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis dan BBP Gua Musang telah dikejarkan ke ke tempat kejadian.
Operasi pemadaman telah dijalankan oleh anggota bomba dengan menggunakan hos salur bantu mula dan air tangki daripada pam jentera sehingga selesai. – MalaysiaGazette