Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan membentangkan laporan penuh berhubung tindakan yang sudah dan bakal diambil pihaknya terhadap Global Ikhwan Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah dalam kenyataan berkata, laporan itu akan diserahkan kepadanya pada minggu depan.

Katanya, ketika ini, pasukan khas yang diketuai Pengarah JAIS itu sedang berusaha mengukuhkan beberapa keperluan kes melibatkan pimpinan atasan dan beberapa kegiatan individu lain dalam siasatannya mengikut Seksyen 7,8,10, 12,13 dan 106 enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.

“Saya menjunjung titah keprihatinan Sultan Selangor mengenai tindakan wajar yang sedang diambil oleh pihak berkuasa negeri dan Persekutuan dalam isu GISBH mutakhir ini terutamanya kebajikan kanak-kanak, wanita dan isu-isu berkaitan agama Islam.

“Penyegeraan tindakan susulan ke atas GISBH daripada siasatan adalah hasil kerjasama orang awam, agensi-agensi agama Negeri dan agensi penguatkuasaan Persekutuan amat kritikal pada saat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohammad Fahmi juga akan diberi taklimat berhubung langkah semasa JAIS mengekang dan mengambil tindakan undang-undang berkenaan termasulah perkara berkaitan sekolah agama dan tahfiz yang berada di bawah GISBH di negeri itu.

“Saya juga akan mendengar taklimat tentang profil 30 rumah amal di bawah GISBH di Selangor yang dilaporkan oleh JAIS kepada saya sebelum ini termasuklah dakwaan berlakunya perlantikan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) masjid dalam kalangan ahli GISBH di sebuah masjid Rawang dan isu surau Al Ikhwan.

“Saya berharap agar umat Islam dapat membantu pihak berkuasa bukannya saling menuding jari yang tidak memberi nilai tambah kepada keberkasanan tindakan agensi-agensi terlibat.

“Selain itu, diharap umat Islam di negeri ini  terus memberikan apa juga maklumat dan tampil ke JAIS untuk membuat aduan segera,” ujarnya.

Beliau turut menasihati kepada umum untuk berhati- hati dengan penampilan pakaian, kepetahan bersyarah dan penyebaran doktrin atas nama agama.

Katanya, ia jelas terbukti ada dalam kalangan mereka yang memanfaatkannya untuk kepentingan peribadi dan kelompok tertentu.

“Berilah kepercayaan serta sokongan penuh kepada agensi-agensi berkuasa negeri Selangor dan Persekutuan yang sedang giat menjalankan siasatan dan penguatkuasaan tehadap isu GISBH ini demi menjamin kebajikan umat Islam dan kesucian agama Islam,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Sultan Selangor kecewa isu GISBH lambat ditangani sehingga jadi serius

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Keberkesanan tindakan oleh jabatan agama negeri Selangor berkaitan aktiviti di surau dan masjid bukan tidak pernah diberi kerjasama oleh rakyat, tetapi tanggungjawab dan amanah tidak dijalankan secara jujur. mereka tidak kompeten dgn tugas. Adakah larangan dan titah perintah Tuanku Sultan Selangor mengenai penggunaan pembesar suara hanya untuk laungan azan dan bacaan quran sebelum azam dijalankan sepenuhnya oleh penguatkuasa???

Comments are closed.