Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Memperingati Prof. Dr. Syed Husin Ali ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Foto AIZAT ZAINAL, 21 SEPTEMBER 2024.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mencadangkan untuk mewujudkan Kursi Dr Syed Husin Ali di mana-mana fakulti Universiti Malaya (UM) bagi mendalami pemikiran sarjana itu.

Datuk Seri Anwar  telah meminta Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk segera melaksankakannya dengan persetujuan ahli keluarga tokoh berkenaan.

“Saya sudah sampaikan kepada Menteri Pendidikan Tinggi untuk segera mewujudkan dengan persetujuan keluarga Kursi Husin Ali di mana-mana fakulti di UM.

“Kursi itu bukan sekadar membicarakan susuk Husin tetapi imbauan mengenai curahan pemikiran beliau dalam banyak tajuk berkait kemiskinan rakyat, sejarah rakyat yang sebenarnya sedikit sebanyak menyimpang dari aliran pemikiran semasa.

“Saya kebetulan dapat hadam banyak (penulisan) beliau dalam penjara. Hampir semua karya berkaitan feudalisme, kemerdekaan rakyat, itu semua dikirim dan diseludup ke kamar saya di (Penjara) Sungai Buloh dulu,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Memperingati Prof. Dr. Syed Husin Ali ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Foto AIZAT ZAINAL, 21 SEPTEMBER 2024.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Memperingati Profesor Dr Syed Husin Ali yang turut dihadiri isterinya Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail di UM hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut mengumumkan peruntukan dana sebanyak RM200,000 kepada Persatuan Sains Sosial Malaysia bagi keperluan mengkaji dna menilai karya-karya penulisan Syed Husin.

“Untuk penulisan dan kajian khusus tentang beberapa karya beliau dan kajian yang boleh diselenggara oleh persatuan, saya umumkan dana RM200,000 untuk tujuan itu dan saya akan luluskan pada minggu depan.

“Beliau sorang yang sangat keras dalam soal tatakelola dan isu-isu rakyat terutama dalam hal kemiskinan rakyat dan karyanya banyak menyentuh soal ini,” jelasnya.

Allahyarham Syed Husin yang juga Bekas Timbalan Presiden PKR meninggal dunia pada usia 87 tahun pada 29 Jun lalu akibat kanser.

Sahabat rapat serta rakan seperjuangan Anwar itu terlibat dalam banyak pilihan raya selain merupakan antara tokoh politik yang sudah lama berjuang dengannya.

Bukan itu sahaja, Syed Husin pernah berkhidmat sebagai pensyarah dan seorang bekas profesor di Jabatan Antropologi dan Sosiologi UM pada 1985 hingga 1990. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here