Logo Polis di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 25 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki menanggung kerugian lebih RM100,000 selepas terpedaya dengan dengan Skim Pelaburan MTDC yang tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Komisioner Datuk Seri Yahaya Othman, dalam kenyataan berkata, pada 5 Ogos lalu, mangsa yang berumur 65 tahun telah menyertai satu Skim Pelaburan Saham MTDC melalui laman sosial Facebook.

Menurutnya, suspek telah menjanjikan setiap pelaburan berjumlah RM300 akan diberikan pulangan sebanyak RM10,000 dalam masa enam jam.

“Mangsa telah membuat pemindahan wang sebanyak RM 134,165.00 dengan 20 kali transaksi ke lapan akaun bank berbeza.

“Pemindahan telah dibuat pada 10 September hingga 19 September melibatkan wang simpanan mangsa,” jelasnya.

Pihak Polis Kontinjen Pahang menasihatkan orang ramai agar sentiasa bewaspada dengan Sindiket Pelaburan Tidak Wujud.

Dalam pada itu, pihaknya turut mengingatkan orang ramai supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here